4.2.12

cinta sahabat kepada Rasulullah S.A.W~

sempena Maulidur Rasul 1433H ni... Nono nak kongsikan cerita yang Nono baca dalam buku 87 Kisah2 Tauladan susunan Ummu Juwairiah ni...

Para sahabat Rasulullah sangat mencintai baginda. Segala kata-kata baginda akan segera dipatuhi walaupun kata-kata itu tidak ditujukan secara langsung kepada diri mereka. Mereka juga begitu sensitif dengan segala tindakan Rasulullah sehingga mereka tidak bertangguh-tangguh lagi dalam mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w...

Wail bin Hajar r.a menceritakan:

"suatu ketika aku telah menziarahi Rasulullah s.a.w di mana rambutku panjang mengurai. Ketika aku duduk berhampiran baginda, baginda telah mengucapkan kata-kata 'Zubab, Zubab' (maksudnya sesuatu yang buruk atau celaka). Aku terfikir mungkin Rasulullah maksudkan ialah rambutku. Aku segera pulang ke rumah dan menggunting rambutku.

Esok harinya aku bertemu Rasulullah s.a.w lagi, lalu baginda bersabda:

"Aku tidak pernah merujuk kepada rambutmu itu ketika aku mengucapkan kata-kata kelmarin, namun adalah baik untukmu mengguntingkannya."

Peristiwa yang lain ialah mengenai solat. Pada mulanya berkata-kata dalam solat adalah dibenarkan.

Suatu hari Abdullah bin Mas'ud menziarahi baginda Rasulullah s.a.w yang ketika itu sedang solat. Ibnu Mas'ud mengucapkan salam tetapi tidak dijawab oleh baginda. Ini menyebabkan hatinya bimbang.

Katanya, "tiba-tiba timbul dalam dalam fikiranku berbagai-bagai ingatan yang menyedihkan perasaanku. Aku terfikir mungkin baginda tidak merasa senang terhadapku, atau mungkin baginda sedang marah kepadaku di atas perkara begitu, begini dan seterusnya!"

"Apabila Rasulullah s.a.w selesai solat, baginda pun memberitahu aku bahawa berkata-kata dalam solat telah diharamkan oleh Allah SWT. Oleh itu barulah hilang perasaan yang sedang membebeni fikiranku itu."

Abdullah bin Amir r.a meriwayatkan pula:

Suatu ketika kami menemui Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Aku pergi menghadapnya dengan pakaian berwarna kuning muda. Lalu baginda berkata kepadaku: 

"Apakah yang sedang engkau pakaikan itu?"

Aku merasakan baginda pasti tidak menyukai aku memakai pakaian yang berwarna begitu. Apabila tiba di rumah, aku dapati unggun api sedang menyala di dapur rumahku. Aku terus mencampakkan pakaianku ke dalam unggun api itu.

Keesokkannya, apabila aku bertemu Rasulullah s.a.w, baginda bertanya kepadaku, "Ke manakah pakaianmu itu?"

Aku pun menceritakan kepada baginda mengenai apa yang aku lakukan terhadap pakaian itu. Kemudian baginda bersabda: "Engkau boleh memberinya kepada salah seorang wanita dari ahli keluargamu. Para wanita telah dibenarkan memakai pakaian yang berwarna seperti itu."

Begitulah para sahabat yang sangat merasa bimbang jika apa yang mereka lakukan tidak disukai oleh Rasulullah pastinya tidak disukai oleh Allah SWT. Bagaimana dengan diri kita? benarkah kita menyintai Rasulullah sehingga segala sunnah baginda menjadi ikutan kita? 

Salam Maulidur Rasul~
p/s utk diri~

No comments: