
Nabi Muhammad merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tak seperti umat nabi2 yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini adalah kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat akan memberikan perlindungan ketika hari pembalasan kelak...
Asal usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan:
- SUBUH
Ketika : baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi, perkara 1st yang dilihat ialah kegelapan dan baginda berasa takut teramat . Apabila fajar subuh keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang 2 rakaat
Rakaat 1-> tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
Rakaat 2-> tanda bersyukur kerana siang telah menjelma
- ZOHOR
Tatkala : Allah SWT memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s . Seruan datang waktu tergelincir matahari
Rakaat 1-> tanda bersyukur bagi penebusan
Rakaat 2-> tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat 3-> tanda bersyukur dan memohon keredhaan Allah SWT
Rakaat 4-> tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas
- ASAR
Tatkala : baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun kerana baginda telah diselamatkan daripada 4 kegelapan
Rakaat 1-> kelam dengan kesalahan
Rakaat 2-> kelam dengan air laut
Rakaat 3-> kelam dengan malam
Rakaat 4-> kelam dengan perut ikan Nun
- MAGHRIB
Ketika: baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya , waktu itu telah terbenamnya matahari
Rakaat 1-> untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
Rakaat 2-> untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Mariam yang telah dituduh melakukan perkara sumbang
Rakaat 3 -> untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah semata-mata, tiada dua atau tiganya
- ISYAK
Ketika : baginda tersesat jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan perasaan dukacitanya pada waktu Isyak yang akhir
Rakaat 1: tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat 2: tanda dukacitanya tehadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat 3: tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat 4: tanda dukacita terhadap anak Firaun


Wallahua'lam~
No comments:
Post a Comment